
Selamat Datang ke AHMART
PENGENALAN SYARIKAT AHMART SDN. BHD.
Ahmart Sdn Bhd (1084819-X) merupakan sebuah syarikat pemborong dan penjual bahan asas membuat burger dan ‘western food’ kepada pengusaha burger dan peniaga kedai makan. Selain itu, Ahmart Sdn Bhd juga turut membekalkan barangan keperluan asas dan makanan sejuk beku.
Pada awal penubuhan syarikat, Ahmart Sdn Bhd sebelumnya dikenali sebagai D Sinnie Food Sdn Bhd telah diambil alih (Acquired) pada 5 April 2019 oleh Zamburger (M) Sdn Bhd iaitu salah satu subsidiari Unclezam Holding Berhad. Pada awalnya terdapat 4 mini marts yang terletak di Larkin, Skudai, Bandar Baru Uda dan sebuah gudang simpanan termasuk ibu pejabat (HQ) di Desa Cemerlang, Ulu Tiram.
Kini, Ahmart telah mempunyai tujuh (7) buah cawangan termasuklah di Taman Indahpura Kulai, Bandar Putra Kulai dan Taman Sri Serdang, Selangor.
VISI
Visi syarikat adalah ingin menjadi peneraju dalam membekalkan barangan asas membuat Burger dan makanan ‘Western’ yang utama di Johor
MISI
Ahmart Sdn Berhad menjadi syarikat yang dikenali dan di ikhtiraf sebagai pemborong barangan Burger dan makanan ‘Western’ yang utama di Johor dan bersama dengan Unclezam Holding Berhad tersenarai dalam Pasaran Saham
ASPIRASI
Membantu pengusaha burger dan makanan ‘western’ dengan memastikan bekalan barang asas untuk penghasilan burger dan makanan ‘western’ mencukupi. Membuka peluang pekerjaan sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.
jumlah cawangan
ditubuhkan pada
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Nama Syarikat: Ahmart Sendirian Berhad
No SSM: 1084819 – X
Tarikh Mula Beroperasi: 13 Mac 2014
Jenis Pendaftaran: Sendirian Berhad
Jenis Perniagaan: Perdagangan Am, Pemborong dan Penjualan Barang Burger dan Sejuk Beku, Pembinaan, Makanan dan Minuman dan Barang Keperluan Harian
Alamat Perniagaan: No 32, Jalan Masyhur 3, Taman Perindustrian Cemerlang, 81000, Ulu Tiram, Johor, Malaysia
No Tel. / Whatsapp: 07 861 4391 / +6016 745 6008
Email: ahmartsb@gmail.com
Akaun Laman Sosial: Ahmart Facebook Page
Jenama:
LOGO
IKON
“ALHAMDULILLAH HALAL”
TRADEMARK
Kenali Pengarah kami

Norizam Bin Tukiman
PENGARAH
Norhalim Bin Tukiman
PENGARAH
Haridan Bin Johari
PENGARAH
Rohan Bin A Rahman
KETUA PEGAWAI EXECUTIVERakan kongsi
Pasukan yang sentiasa menggembirakan anda dengan produk kami.



